Assalamualaikum..
Dear blog,
Lama giler dah kan aku tak
update…nasib la masih belum lupa password…maklumlah selam ni tengok email dalam
hp je…nak tengok kat pc memang tak sempat la…hp la alat paling pantas aku boleh
capai utk tengok email…
Sebelum ni aku ada update
pasal hidup baru yang lebih mencabar kan…yess..sehingga hari aku taip ni pun
adalah hari2 yang sangat mencabar bagi aku…
Kalau nak baca kisah anak aku,
si amoi imanina tu…alhamdulillah…dah setahun tujuh bulan dah pun…rasa kejap
giler masa berlalu..lagi 5 bulan demuk aku yang sorang tu nak masuk 2 tahun dah
pun..macam2 akal dia sekarang...sampai aku pun kadang2 hilang sabar
dibuatnya…ada je benda yang buat aku cepat naik darah…nak2 aku tengah carry
adik dia sekarang ni…baru first trimester..so, aku mabuk2 sekejap…mood aku pun
memang swing sangat la…jangan la buat aku naik darah, cepat je aku nak hamun
orang nanti…paling lembut pun, muka aku akan jadi ketat yang amat..yang si iman
ni pulak memang suka je bg aku naik darah…aku tak stop DF lagi iman…tapi kalau
dalam botol aku dah stop…dah mula nak biasakan iman dengan formula milk sampai
umur 2 tahun…lepas 2 tahun aku tak kisah dia nak susu or tak..yang penting kena
makan…setakat makan, Alhamdulillah…so far dia kuat makan..apa je orang bagi dia
bedal kalau kena dengan tekak dia…yang buat aku naik darah bila DF…susah betul
nak minum betul2…mesti kejap2..lepas tu tak reti duk diam…kadang2 duk selamba
terajang perut aku…sampai ayah dia yang tengok pun jadi takut…sebab takut baby
kecik kat dalam perut aku tu terkena effect…nak marah x boleh buat apa…yela
kan..nak buat camne…iman boleh dikategorikan baby lagi…mana dia tau apa…memang
keje dia dari dalam perut asyik nak menendang je…sampai dah lahir ni pun kaki
asyik naik je…hahahha…aku pun tak tau sampai bila aku boleh bertahan bagi DF
kat iman…memang dah plan tak mampu nak bagi sampai 2 tahun…so, aku sikit2 cuba
tak nak bagi DF…biarlah dia menangis pun…lama-lama nanti baiasa jela dia..ye
tak…
Pasal laki aku pulak…hmm, dah
start kerja baru…lepas dia decided resign TNB dulu, hidup kami memang agak
susah..ibarat kais pagi makan pagi..kais petang makan petang…gitu la…tapi idak
la teruk rupa itu…masih boleh dikawal tahap kesempitan tu…sebab lepas resign
TNB laki aku keje syarikat swasta biasa je…dengan gaji yang cukup2 makan untuk
kami satu family…itu pun aku masih beruntung sebab duduk rumah mak aku…kami
plan asal dah stabil setahun dua nanti, memang plan nak duduk rumah sendiri…laki
aku dah siap kira financial kitorang…pastu fikir cara macam mana nak naikkan
financial family..salah satu cara dia apply kerja kerajaan, Half kerajaan &
GLC balik…sebab dia cakap “mungkin dengan
cara ni abang boleh naikkan taraf hidup kita…lagipun kalau kerja kerajaan ada
kuarters…bolehlah abg apply..tak perlu kita bayar sewa mahal2…nak beli rumah
harga melampau2 pulak..abang tak mampu..setakat menyewa je abg boleh lagi
tanggung…tapi sampai nak beli rumah, abg sorry ye ayang..abang tak mampu lagi”…cuba
bagitau aku bini mana tak sedih bila suami cakap macam tu…punyalah usaha sehabis
mungkin laki aku buat semata-mata nak naikkan taraf hidup kami…kawan-kawan lain
mungkin dah jauh melangkah dari kami…yela..masing2 ada degree kan…so, boleh
apply kerja & jawatan lebih bagus…tapi laki aku diploma je…tapi Alhamdulillah
rezeki dia nak masuk kerajaan & GLC sentiasa ada…macam masa apply TNB dulu
laki aku ramai2 pergi interview dengan budak2 satu batch dengan kitorang…tapi
rezeki laki aku sorang je masa tu agaknya..antara kawan2 kami yang hebat2 tu,
laki aku yang diterima masuk TNB…yang lain ada yang dapat kerja swasta dan ada
yang sambung degree..laki aku pulak terus kerja TNB sampai la kena transfer ke Kelantan…pasal
terlampau jauh nak berulang alik, tu yang resign TNB tu..lagipun laki aku tak
mampu jauh dengan kami…sebab fikir anak tengah kecik lagi…tak sanggup nak
tinggal lama2...
Now, Alhamdulillah, laki aku
dah dapat kerja KTMB pulak…dengan gaji yang lebih besar…alhamdulillah, tak
terkata rasa syukur dalam hati aku ni…akhirnya Allah mudahkan satu2 jalan buat
keluarga aku…agaknya Allah Nampak usaha suami aku untuk terus tingkatkan taraf
hidup kami satu keluarga…nak tambah anak lagi…mungkin rezeki tu Allah murahkan…cukup
aku tak sangka…alhamdulillah….alhamdulillah…Alhamdulillah…tu je mampu aku dan
laki aku ucapkan sekarang ni…
Pasal aku lak, selain tengah
carry second child dalam perut aku yang makin ke depan ni, aku tengah masuk
class jahitan…belajar menjahit macam2 baju…alhamdulillah…aku serasi dengan
class jahitan tu…setakat ni aku mampu ikut class dengan baik…penat sikit…tapi
demi plan masa depan kami satu keluarga, aku gagahkan jugak la kudrat yang tak
seberapa ni…niat aku nak bantu suami aku…bila kami dah betul2 stabil nanti laki
aku nak aku letak jawatan kerja aku sekarang dan focus pada plan aku nak
menjahit…plan aku nak buat baju budak/baby…sekali dengan headband…tapi class
aku tak belajar buat headband…takpe..aku cuba google sebab setau aku buat
headband ni mudah jugak…nak2 knotted headband…Cuma material je aku kena rajin
cari…
Aku harap sangat2 plan au dan
laki aku menjadi…sebelum ni aku pernah baca quote kat fb…katanya…”5 tahun fasa
perkahwinan akan diuji dengan kesusahan dan kesempitan…10 tahun fasa
perkahwinan hidup akan mula teratur…15 tahun fasa perkahwinan akan lebih stabil
dan lebih senang…” gitu la quotenye…aku pun ingat2 lupa…sekarang ni rumah
tangga ku dengan laki aku dah hamper menjangkau 3 tahun…lagi 2 tahun nak
menempuh tu…in shaa Allah…aku harap Allah terus mudahkan…amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan