Rabu, 18 Mei 2016

Dia Semanis Honey-Trending oii...

Assalamualaikum...

lamanya aku tak update blog ni...sibuk sgt la sekarang ni sampai takde masa nak update apa-apa kat blog ni..

sekarang ni aku rasa semua tau kan banyak drama & filem adaptasi daripada novel2 tempatan dah produce kat tv n panggung...tapi aku lebih suka drama sebenarnya sebab jalan cerita boleh dikembangkan ikut novel..takde la kena twist dari plot novel 100%...aku tak berapa suka filem sebab banyak adegan/scene yang pada aku agak penting terpaksa dipotong sebab masa tayangan tak lama...paling lama pun 2 jam..macam tak syok sgt la bila banyak plot dalam novel kena twist...

berbandaing dengan novel, aku suka la sebab jalan cerita masih mengikut novel...tapi biasa la novel cinta sekarang ni..jalan cerita agak klise...kahwin paksa...pastu tersuka tanpa sengaja la laki bini masing2...jarang sangat aku jumpa novel yang berkaitan realiti sebenar kisah cinta dlm dunia ni...payah...

now, tengah trending Dia Semanis Honey pulak kat astro Ria...mulanya aku tak ambik port sangat pasal drama adaptasi novel jugak ni...aku tak tau pun ada drama baru ganti suami tanpa cinta (adaptasi novel jugak) kat astro ria tu...kakak aku yang bgtau...siti nordiana berlakon drama baru kat astro ria...ganti suami tanpa cinta...aku terkejut badak jugak...bgtau laki aku terus meroyan dia sebab dia tak suka kalau pelakon jadi penyanyi...nak2 dia suka gila suara siti nordiana tu lepas tengok gegar vaganza yang nana menang tu...aku cakap nanti try la tengok macam mana...

so, seperti yang dijanjikan, hari isnin 2 minggu lepas aku try la bukak astro ria...pukul 10 malam lepas aku dengan laki aku layan My lawyer Mr Jo kat KBS World...sekali keluar lagu OST memori berkasih...aduh...spoil betul...kenapa ambik lagu leman lama nana tu...laki aku sampai berkerut kening bebel2 kenapa ambik lagu tu jadi OST drama tu...aku diam jela...tengok hero alif satar...ok..boleh tahan sebab aku adore jugak lakonan alif satar ni...dia boleh berlakon dengan baik...tapi aku tak sangka la dia boleh jadi hero untuk drama ni...so, layankan je...baru je tengok sikit, laki aku terus ubah channel...terkejut aku...baru nak layan...tak bagi peluang langsung aku nak hadam drama tu...bebel cakap tak suka nana berlakon...aku pun malas nak layan baik pergi masuk tidur...sampai la minggu lepas...langsung aku tak boleh ubah channel astri ria tu pukul 10 malam...laki aku mesti ubah channel lain..hampeh betul...

sampai la minggu lepas aku terbaca forum...semua orang terjatuh hati kat ke'sweet'an ahnaf, watak hero dalam drama tu...aku baca satu persatu apa forumer dalam tu cakap...sekali aku pun terbukak hati la tengok kat youtube..tapi tak banyak episod yang diupload dlm tu...aku layankan la sikit2 jugak...sekali OMG..aku jugak dah terkena diabetes tahap 15 ke atas kot ni...adoi...mula la seronok tengok drama tu sebab watak ahnaf tu yang sweet talker...terus aku cair...start hari isnin lepas aku terus cekalkan hati berebut remote dengan laki aku...aku cakap aku nak tengok alif satar berlakon sebab dia berlakon best..menjadi setiap emosi dia...marah ke...sedih ke...fefeling rindu ke...semua dia bawak dengan baik...fuh...lega..laki aki biar je aku alih channel astro ria lepas pukul 10 malam..kipidap alif satar...memang aku adore sangat dengan lakonan dia...lepas tu aku try cari novel ni kat book store...hampeh, sold out...hadoi..baca forum ada yang bgtau beli kat 11 street...ada stock lagi...berdesup aku masuk website 11 street...beli je trus dari situ..tunggu sampai je ni...


ha, nampak tak betapa aku terjebak dengan kesawitan (sweet) watak ahnaf dan hani tu...lama dah kot aku tak rasa sweet2 macam ni lepas Teman Lelaki Upahan, Setia Hujung Nyawa n Love You Mr Arrogan...kali ni Dia Semanis Honey beraya tarik hati aku...lagi 6 episod je lagi ni...minggu depan habis dah..tak tau novel apa pulak akan diadaptasi nanti...so, kita tengok je nnt..