Khamis, 27 Mac 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum...

sekarang ni dunia masih lagi gempar dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang tiba-tiba hilang dari radar 8 mac lepas...banyak giler yana baca spekulasi kat social media macam fb, instagram..tak ketinggalan whatsapp...macam-macam versi cerita yang keluar..entahlah...tak tahu macam mana nak cakap pasal misteri ni...pening bila tengok banyak-banyak PC tapi kehilangan MH370 masih lagi misteri...

And 24 mac lepas, pukul 10 malam, PM buat PC tergempar berkaitan kehilangan MH370 tu...masa dapat tau PM nak buat PC tergempar rasa berdebar gak..masa tu hati dah dapat rasa lain macam sikiit...jauh kat dalam hati ni cakap macam ada sesuatu yg besar PM nak annouce...sekali bila dengar PM cakap dengan nada yang cukup sedih dan pilu...

 "with deep sadness and regret i must inform that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern indian ocean"

berdebuk rasa hati ni...sayu je hati terima berita baru dari PM pasal MH370...memang ramai yang cakap berakhir dan terhempas tak sama...dan mereka masih mengharapkan semua penumpang kembali dengan selamat...tapi bila PM cakap data tu menunjukkan MH370 kali terakhir berada di tengah-tengah lautan hindi dan there is no any posibble landing site kat indian ocean tu, posiblity yang flight tu terhempas or tenggelam sangatlah besar...tapi kuasa Allah kan..manalah tahu yang memang flight tu selamat dan semua penumpang ajd cabin crew berada dalam keadaan baik...takde sape yang boleh nafikan kuasa Allah...

bila berita tu dah annouce, esoknya yana baca isteri kepada salah seorang pramugara yang terlibat dalam misteri ni meluahkan rasa hati kat instagram...ramai yang share...memang rasa sayu sangat bila baca luahan hati seorang isteri mengandung yang kehilangan suami tanpa pusara...sedih sangat-sangat...hati ni cuba nak tahan jangan sampai menangis..tapi air mata ni laju je keluar bila baca isi luahan hati tu...

http://www.youtube.com/watch?v=HoUwznYqxPw

kuatkan beliau sebagai seorang isteri yang sedang mengandung...bulan depan dah nak delivery dah tapi suami tiada di sisi menemani kelahiran anak kedua tu...sangat-sangat redha isteri terpilih ni...kalau yana ada kat tempat beliau, yana tak tahu macam mana penerimaan yana...

sekarang yana baru berpisah hidup dengan hubby sebab hubby kena transfer position kat kelantan...bayangkanlah jauhnya kelantan and KL...bukan senang boleh balik selalu...tu pun hati yana sayu sangat-sangat nak lepaskan dia pergi...asal family bagi semangat je mata ni mesti je berair...

tapi puan intan ni, berpisah mati tanpa pusara, tanpa sempat memang tangan, tanpa sempat mengucup dahi, tanpa sempat menatap wajah kali terakhir, Ya Allah, hanya insan-insan yang Allah pilih je boleh lalui semua tu...yana sangat-sangat kagum dengan semangat beliau..redha dan pasrah terima takdir Allah...moga Allah tempatkan semua mereka yang beragama islam yang terlibat dalam tragedi tu di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman...amin...


"Ya Allah, andai aku diuji seperti ini, maka Kau kuatkan aku sebagimana Kau kuatkan isteri terpilih ini untuk melalui ujianMU dengan penuh redha dan tawaduk...kerana aklu insan lemah yang terlalu menyayangi mereka-mereka yang berada di sisiku...tidak sanggup melalui kehilangan sebegini..maka Kau beri aku kekuatan seandai tiba waktunya nanti...amin..."