Khamis, 22 Ogos 2013

Salam Takziah ~ Kemalangan Ngeri Genting highlands - Bas Menjunam Masuk Gaung

Assalamualaikum...

satu malaysia dah tau kan pasal tragedi kemalangan ngeri kat genting highlands..sebuah bas terjunam masuk ke dalam gaung...37 maut dan 16 lagi cedera...

semalam masa balik dari kerja ikut MRR2 menghala ke rumah sewa yana kat cheras, yana rasa pelik sikit...sepanjang drive balik tu yana nampak kat laluan bertentangan yang menghala ke gombak, banyak sangat kenderaan JPAM n ambulans laju je drive menghala ke gombak...banyak sangat...adalah lebih dari 6-7 buah macam tu..dalam hati ni terdetik jugak..ada kemalangan besar kat gombak ke sampai banyak sangat kenderaan JPAM N ambulans laju ke sana..sebelum balik tu takde la pulak yana bukak FB...selalu FB akan update kalau2 ada kemalangan besar berlaku di sesuatu tempat kan...tapi tak terdetik la pulak yana nk tgk FB...

balik rumah pun sama...buat kerja macam biasa...solat asar, masak then rehat sekejap...hubby balik dalam pukul 6.30ptg macam tu...kami sama2 buat kerja macam biasa...then hubby tertidur kat bilik..pukul 7.00mlm macam tu yana kejut bangun suruh mandi...yana pulak duduk kat ruang tamu tengok cerita kat TV3..Cinta Jannah...layan punya layan, tiba2 ternampak slot iklan bergerak kat belah bawah tu...

"seramai 33 maut dalam sebuah kemalangan apabila sebuah bas ulang-alik terhumban ke dalam gaung di jalan genting highland-kuala lumpur jam 2.30 petang tadi"..terus yana teringat pasal JPAM n ambulans tu..terus bibir yana sebut "patut la pun"...lepas hubby keluar bilik air, yana terus bagitau berita tu pada hubby..hubby terkejut gak..sebab dia pun tak dengar apa2 berita pasal kemalangan tu...kami mengucap panjang jela....

tadi baca berita kat news paper, semua mangsa dah berjaya dikeluarkan dari gaung...37 maut termasuk pemandu bas...16 lagi cedera dan dirawat di empat buah hospital...nak tahu berita lanjut korang boleh dapatkan news paper yang ada kat pasaran...semua news paper memang buat tajuk kemalangan ni kat muka depan termasuk tamil & cina jugak...

takziah pada semua mangsa kemalangan tersebut yang tak dapat diselamatkan...semoga keluarga mangsa tabah dan kuat menghadapi dugaan ni...yang masih hidup tu alhamdulillah...Allah masih beri peluang meneruskan hidup...semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua ya...hope kita semua ni berhati2 semasa berada di jalan raya...

mood : sedih...tak sangka ni kemalangan paling teruk dalam sejarah kemalangan di Malaysia...nauzubillah...



sumber gambar dari themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: