Jumaat, 23 Ogos 2013

Part 1 Mengidam ~ Sengkuang Calit

Assalamualaikum...

sejak2 dah preggy ni, yana selalu sangat mengidam nak makan macam2..masa awal2 dulu tak berapa selera sangat nak makan..makan pun makanan tertentu je...dah la masa awal2 preggy kena bulan puasa..gigihkan jugak puasa walaupun tak berapa larat..tapi tak penuh pun...tinggal 5 hari...rugi kan..bukan senang nak buat puasa penuh...tapi nak buat macam mana...daripada melarat pada baby, baik yana jangan puasa...islam pun tak menggalakkan wanita berpuasa pada awal kandungan kan...tapi dapat lepas 24 hari tu pun dah bersyukur walaupun seksa rasanya...bukan sebab puasa tau yana rasa seksa..yana sangat seronok sambut puasa..tapi badan yana agak lemah, so, tak mampu nak puasa penuh tahun ni...tu je buat yana seksa sikit...plus yana ni ada gastrik...so, memang kena makan banyak masa sahur...

now, dah masuk 4 bulan lebih...selera pun dah ok sikit...mabuk pun dah kurang...kalau tak lembik je orang tengok yana...hihihi....

bila selera dah ada ni, macam2 la yana teringin nak makan...masa puasa hari tu teringin sangat nak makan apam balik yang rangup tu..tapi bulan puasa kan..mana ada orang jual pun...yang ada yang tebal tu la...tapi yana tak nak yang tebal..nak yang rangup tu gak...jenuh la hubby cari...tapi tak jumpa...sampai lepas raya pun duk cari..tak jumpa jugak...at last officemate yana dapat cari...ha, berlambak yana makan...macam tak jumpa dah apam balik tu pasni...hihihi...

itu apam balik...sorilah...yana tak sempat nak ambik gambar...tau2 dah masuk perut baru ingat nak ambik gambar...heee....then, semalam lak yana mengidam sengkuang calit la pulak...cakap kat hubby...hubby cakap malam nanti pergi cari kat uptown jalan reko, bangi...yana suka sangat2 sebab sengkuang calit bukan senang nak dapat sekarang kan...

cari malam semalam, tapi tak jumpa...hampa la jugak..tapi hubby suggest pergi cari kat satu tempat lak...yana tanya kat mana...bila hubby bgtau, yana terkejut gak..sebab hubby pernah cakap dia takkan jejakkan kaki lagi kat tempat tu lagi (ni ada sebab..yana tak boleh cerita...terlalu peribadi)...yana tanya berulang kali, sure ke nak pergi, tak ingat apa yang dia cakap dulu...dia cakap dia ingat...hubby cakap pergi depan2 je...tak nak masuk belakang2...yana terharu sangat...hubby sanggup langgar kata2 dia sendiri dulu sebab nak tunaikan kerenah tekak yana ni...mana la yana tak makin sayang dengan hubby...hubby sangat2 manjakan yana...

sampai kat sana, hubby cakap gerai sengkuang calit ni special sikit..ada lagu..jejak je kaki kat tempat tu dah dengar lagu "sengkuang calit..sengkuang calit...marilah..marilah.."..yana gelak je..ingatkan hubby main2..rupanya memang betul..yana n hubby sama2 ketawa...unik kedai ni...jarang ada gerai pasang lagu untuk tarik pelanggan ke gerai diorang kan...

ni la sengkuang calit tu...nampak tak, dah makan baru nak ambik gambar..tak menyempat kan..hihihi...


beli la satu...bila dapat makan, rasa macam nak melompat2 masa tu gak..mujur dalam kereta...hihi...sedap sangat...bila dah dapat makan, rasa mcam nak makan lagi..tapi perut dah penuh sebab sebelum tu dah makan chicken chop kat D'ONE STEAKHOUSE kat bangi...sedap tau...

chicken chop...sedap...must try...

lepas ni entah apa pulak yana mengidam..macam2 betul tekak orang preggy ni...kalau husband jenis tak sabar, mesti dah malas nak layan...mujur hubby yana faham n sabar je layan kerenah tekak yana...lebiu hubby...

ok, sampai sini dulu la ye...panjang sangat...after ni, yana cuba ringkaskan cerita yana...(lepas geram..lama tak berblogging...heee)...ok, bye...

Tiada ulasan: